Pages

Saturday, May 4, 2013

SG GABAI THE BEST!

hello semua!  hepi weekend!!

di kala orang lain sibuk nak balik kampung, sibuk nak buat pilihan untuk mengundi..aku first time bawa bbq54 berbekalkan google map yang dina print menuju ke hulu langat..sg gabai here we go!! tapi pada mula nyer tersasar menuju ke arah yang tak sepatut nye :p takpe la kita kira jalan-jalan kenal tempat kan.. alasan letteww! hihi.

bila map tak boley pakai mula la nak gelabah. tapi last-last thanx to dina's navigators kerana telah membawa kami ke jalan yang benar dan sebenar-benarnya. haha. jauh juga la perjalanan kami dari shah alam. smpai kan ada la salah sikit-sikit masuk jalan tu. tapi normal la bila main redah je kan. bila  dah nak dekat sampai, nampak je signboard sg gabai masing-masing over eksited, tak sabar wokey nak terjun dalam air! 



nak masuk kena bayar sorang seringgit. so memang takda benda yang free sekarang yer, sume kena pakai duit. boley tahan ramai gak la yang datang mandi-manda kat sini. yang ramai nyer sudah tentu anak-anak muda kita. kalo tengok tu memang 'sakit mata' juga la (faham-faham sendiri sudah) tapi ape aku kisah janji aku dapat masuk dalam air. actually sg gabai ni sama je laluan nak pegi ke lubuk manggis, tempat orang yang selalu buat kem. kat sg gabai ni pun ada tempat kem. aku pun dah sampai lubuk manggis tu 2 kali dah. tapi macam teruja gak la sebab boley drive sendiri sampai ke air terjun ni sebab sebelom ni pak cik driver bas je yang tolong hantarkan (^_^)V


get ready to mandi ha?! hehe. sebelum sampai kat tempat yang best untuk menghilangkan segala penat dan stress, memang kena tambahkan penat dan stress dulu yer. sebabnye kena panjat tangga yang agak tinggi juga la. tapi view kat situ sooooooooo nice yaw! serius  korang akan rasa....wow syoknya!! sebelom nak sampai tu korang boley la posing-posing dulu sebab ada check point kat tangga yang nak kena naik tu ;)


see?! aku tak tipu kan. cantik sangat tempat dia. ada masa turun la ke sg gabai yer! ;) sekali sekala nak hilangkan penat or nak enjoy masa weekend yang ada. sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah :)


kami dah nak balik!! anda bila lagi??? hehehehe~ ok yang kat kg selamat mengundi yerr! ;)






Friday, May 3, 2013

BILA KENA USHA DENGAN LECTURER

assalamualaikum and hai semua!

mesti sekarang ni ada yang tengah sibuk nak balik kampung nak mengundi kan?? hati-hati balik yer.. tak kira la sape yang anda mengundi nanti, pastikan undi anda tak rosak..kalo tak sia-sia je nanti.. eceh cakap macam balik mengundi plak :p

ok..aku just nak berkongsi pengalaman apabila kena observe dengan my lecturer.. setakat ni aku dah kena observe sebanyak dua kali.. so tinggal SEKALI je lagii!!! wey tak sabaq nak habes cepat-cepat untuk kena observe ni..huu~

first time kena observe masa aku masuk kelas form 1.. masa ni memang lecturer bagitau yang dia nak datang hari sekian, and pukul sekian sekian la.. pastu aku pun konon mengambil langkah berwaspada la.. warning students awal-awal..cakap orang kementerian nak turun..KONON jela :p hahaha..pastu aku buat perjanjian ngan diorang..kalo buat perangai baik-baik cikgu belanja KFC.. terus kecoh satu kelas kau! yela.. budak-budak kan..layankan aje la..huhu.. nak dijadikan cerita pulak, hari yang lecturer aku datang tu, students aku sume menyepi..serius aku jadi kekok semacam.. biar betul budak2 ni??? selalu suara aku tenggelam dah macam duk dalam market jual ikan.. ini aku tanya pun sorang pun xda suara.. diam membatu =.='  syabas dan tahniah sebab korang memang pandai berlakon..itu semua poyo tau! hahahaha :D so far alhamdulillah.. Madam Fuzaina pun sangat faham keadaan kami kat skolah tu.. tq Madam!!

so second time kena observe, memang syok habes! duk layan tulis kat papan hitam..aku toleh je kat pintu kelas, Madam dah lambai-lambai tangan sambil senyum kat aku..wokeh suprise visit! gile tak gelabah! haha.. nasib la aku ada buat juga nota guna kertas mahjung..sebab aku pun macam dapat rasa dia nak datang..fuhhh~ masa ni plak dengan form 2.. nak dijadikan cite plak, masa tu students aku ramai yang pegi solat..yang chinese plak pegi toilet.. so kelas memang kosong la.. aku dah gelabah sorang takut students tak masuk kelas plak.. nasib yang rajin ponteng pun masuk kelas.. tapi diorang memang buat macam takda orang lain dalam kelas tu, macam diorang tak perasan yang lecturer aku ada dalam kelas tu..so keadaan memang tidak berada dalam keadaan pura-pura..tak reti berlakon macam form 1 plak diorang ni..haha :D pastu aku siap bertukar jadi singa betina lagi! mana tak nyer.. kelas dah macam dekat pasar, smpai aku naik tension.. ape lagi menjerit la aku sampai semua terdiam! tapi aku rasa better macam ni..sebabnyer bila dalam keadaan yang tidak pura-pura, kita akan jadi kita yang real..so kat situ kita boley tengok kelebihan dan kekurangan kita yang sebenar..sape setuju?? 

so far.. banyak aku belajar sepanjang praktikal aku ni.. bila buat kira-kira hari, dah nak habes rupanya praktikal.. kadang-kadang rasa sedih gak la nak tinggal budak-budak ni even nakal sampai aku stress :p wah memang ada jiwa pendidik tak aku?? kih3.. ape pun aku hanya mengaharap yang terbaik..insyaAllah :)


noti budak-budak ni ^^ 




Wednesday, May 1, 2013

hello Mei!

assalamualaikumm~

yippi2!!  cuti hari buruh.. terasa nikmat bercuti bila dah masuk separuh alam pekerjaan..so ape plan cuti? me? duk umah lepak-lepak.. seronok bukan? hahaha :D 

so aku pun dah tak lama dah nak habes praktikal..dah half week dah as practicum teacher.. oh tak sabar sangat nak habes praktikal okeyhh! harini dah masuk bulan 5 dah.. hello Mei!!  so ada lebih kurang sebulan lebih je lagi nak menghadapi cabaran-cabaran seterusnya..chiyok!!! ;)

AE pun dah half way..semoga dipermudahkan segalanya..aamiin2 (^_^) kalo tak memang serabut otak la  bila jadi 2 alam ni.. half cikgu half student..tapi apa boley buat..komitmen2! kena buat dengan ikhlas! baru tak rasa ada bebanan ;) hati pun senang kn? lets fightingggg! ;)



kami bakal guru-guru cemerlang..ok bai! :p