Pages

Friday, April 4, 2014

INSAN BIASA

 
                                                                                                                                  kita hanya insan biasa
yang tak punya apa
berpijak di bumi pinjaman Tuhan Yang Esa
mencari erti apa hidup sebenarnya
kerana manusia sering leka dan alpa
terlalu asyik dengan dunia semata
bongkak dengan harta yang ada
akal entah hilang ke mana
punya hati yang tiada rasa
manusia memang tak sempurna
tapi jalan masih terbuka
buka hati dan mata
berpijak di bumi yang nyata
sebelum kembali pada Pencipta

Sunday, January 12, 2014

MENGIDAM PANCAKE

Assalamualaikum.

Hai. Dah setel taip kat Words kita taip kat sini plak. Hihi. Ok kalo dah tengok kat fb aku sure dah ada gambar-gambar pancake yang dah selamat masuk perut aku actually. So saja nak wat review sikit macam mana aku boleh terfikir nak menghasilkan pancake ni.

First, actually dah berkurun juga la asyik terfikir nak buat pancake sebab aku tengok  nak buat pancake ni macam petik jari jer! Yer aku tau budak darjah satu pun boleh buat dan tak kecoh macam aku sebab boleh buat pancake. hahahahaha.

Second, alkisahnye aku pegi satu kafe ni dan order la pancake.. 

" SORRY PANCAKE TAKDA...."

Ok sedihhhhhhhh T________T  ( macam la pregnant mengidam semacam jer)

Third, aku rasa nak buat something yang fun sebab duk rumah asyik masuk dapur keluar dapur, masuk bilik keluar bilik.... see!  bosan kan hidup aku.

So I decided to make the pancake. Gigih ok aku ulang alik pergi kedai nak cari bahan-bahan buat pancake ni. Mula-mula pergi kedai bajet tepung gandum dah ada la kat umah sebab tepung gandum tu kan macam wajib ada. Sekali lepas dah balik dari kedai mak aku tanya tepung gandum beli tak?? Ok merempit sekali lagi. Kalo takda tepung gandung mana nak datang pancake nyer kan? Huhu.

So lepas dah make sure bahan dah ada mesti la eksited gila nak buat. Orang selalu buat breakfast kan? Tapi ape salah buat waktu lain pun..Teheee. So bermula la ekspedisi buar pancake di dapur. Nak start buat buat bukan main terhegeh-hegeh sampai kena perli dengan mak aku.

" ESOK KOT BOLEH RASA PANCAKE ANGAH TUU...."

Tapi tak mengapa janji kita semangat! Hiyahhh :D so first what you have to do is....sukat satu cawan tepung gandum, 1 sudu besar tepung penaik, 2 sudu besar gula dan sedikit garam. Sebatikan semua bahan-bahan ni dulu. Then pada bekas yang lain, masukkan sebiji telur yang dah dipukul, susu fresh/ sejat dalam 240ml dengan mentega dalam anggaran 2 sudu besar yang dah dicairkan. But make sure jangan banyak sangat mentega tu sebab nanti pacake tu jadi terlalu berminyak plak. Nanti orang kata ni nak makan pancake ke minyak plak :p  Lepastu sebatikan juga campuran tadi. Next, campur sekali semua dan sebatikan. Pastikan dah takda ketulan tepung. Bagi nampak campuran tu tak terlalu cair dan tak terlalu keras. Kira ngam-ngam la kelikatan tu. So siap untuk diletak di atas api! :D  Aku guna pan yang goreng telur tu je so macam 'ghenyah' sikit la sebab nak kena buat satu-satu. Tapi semangat punya pasal kan. Apa pun boleh. Haha.

so ni antara bahan-bahan yang kena ada.

so campuran tadi  masukkan dalam pan.

bila dah nampak ada ruang udara macam dalam pic ni, boleh alihkan permukaan dia.

bila dah alihkan, jangan lama sangat. Sekejap pun dah boleh angkat. Selak-selak la
sikit tengok dah boleh angkat ke belom ^^


So TADAAAAA. pancake cubaan pertama!


Tengok pic pancake cubaan pertama aku macam-macam komen aku dapat.

"Apesal leper sangat, macam tak berapa cantik.."

" Nanti update resipi capati ko ni.."

Hahahaha. Aku tak kisah orang nak komen ape pun sebab aku sendiri mengaku pancake ni takda rupa pancake sangat. Ape-ape pun thanks dekat orang yang menge-LIKE dan meng-KOMEN pancake aku ni ( tetiba). So sebab ada rasa tak puas hati aku decide nak buat time breakfast plak dah alang-alang bahan ada lagi kan. So hasilnya.....


Ape macam???  Hahaha. So jangan give up dalam melakukan sesuatu perkara. Kalo rasa tak puas hati cuba lagi dan anda akan lebih berpuas hati ;)  So korang boleh la enjoy makan pancake korang dengan cara ape sekalipun biar rasa emmphhh!  hihi. Selamat mencuba!

PS: resepi aku google je. keh3. 






Friday, January 10, 2014

HIDUP SEORANG PENGANGGUR

Assalamualaikum.

Hai salam jumaat semua! ditambah tolak bahagi darab punca kuasa dua nak dekat 7 bulan lebih aku belum dapat kerja tetap. Kasihan sungguh diri ini. What to do. Just keep praying and sabor jelaaaa. 

Bercakap mengenai isu posting, macam seram je! Macam takut je! Tak tahu mana satu yang aku nak percaya mana satu yang betul mana satu yang boleh pakai. Kita tunggu dan lihat jela sama-sama. Nak jadi cikgu hari ni bukan mudah macam dulu. Well cakap panjang-panjang pun habes tenaga aku je. Biar korang duduk sendiri kat tempat seorang cikgu baru korang tau langit tu tinggi ke rendah ( boleh ke pakai perumpamaan ni??)

Kadang-kadang fikir kebelakang balik, betul ke ape yang aku pilih ni? But please please please think positive! Everything happened for reason. No regrets! ;)   (walaupun jauh di sudut hati kecil ku sedikit terkilan..menangis meraung-meraung! hmmmm)

Well! Let's do something fun sementara menganggur ni kan (kejikp-kejip mata). Tapi nak buat ape ek selain makan tido dan nonton?? erghhhh!