Pages

Friday, January 10, 2014

HIDUP SEORANG PENGANGGUR

Assalamualaikum.

Hai salam jumaat semua! ditambah tolak bahagi darab punca kuasa dua nak dekat 7 bulan lebih aku belum dapat kerja tetap. Kasihan sungguh diri ini. What to do. Just keep praying and sabor jelaaaa. 

Bercakap mengenai isu posting, macam seram je! Macam takut je! Tak tahu mana satu yang aku nak percaya mana satu yang betul mana satu yang boleh pakai. Kita tunggu dan lihat jela sama-sama. Nak jadi cikgu hari ni bukan mudah macam dulu. Well cakap panjang-panjang pun habes tenaga aku je. Biar korang duduk sendiri kat tempat seorang cikgu baru korang tau langit tu tinggi ke rendah ( boleh ke pakai perumpamaan ni??)

Kadang-kadang fikir kebelakang balik, betul ke ape yang aku pilih ni? But please please please think positive! Everything happened for reason. No regrets! ;)   (walaupun jauh di sudut hati kecil ku sedikit terkilan..menangis meraung-meraung! hmmmm)

Well! Let's do something fun sementara menganggur ni kan (kejikp-kejip mata). Tapi nak buat ape ek selain makan tido dan nonton?? erghhhh!


Friday, December 27, 2013

MASAM MANIS MASIN PAHIT 2013

Assalamualaikum.

Hello i'm back! (macam ada orang kisah pulak kan? hehe) since macam lama juga tak mengarang dekat dalam blog ni (kesian blog aku terabai macam tu je) so why not aku taip dekat sini :)

Well, 2013 pun dah tak lama lagi akan melabuhkan tirai. So soalan yang aku rasa tak perlu ditanya lagi sebab aku rasa setiap tahun sebelum mulakan tahun baru mesti semua dah tanya. Apa azam baru korang ha? (eh tertanya pulak). 

2013. Tahun yang penuh dengan kenangan indah dan pahit (tahun-tahun lain pun sama juga la kan ada kenangan). Paling seronok tahun ni aku dah masuk final year plus final sem. Hujung bulan 1 sampai bulan 2 sempat bersuka ria sebelum dilenyek dek anak murid. Masuk bulan 3, dengan harapan persediaan mental dan fizikal yang mantap aku dapat selesaikan tanggungjawab sebagai guru praktikal di SMK USJ 8 dengan jaya. Alhamdulillah mungkin ada hikmah aku berdepan dengan anak murid yang sedikit menggugat kesabaran. So far, everything just fine. Thanks a lot to my supervisor dan warga SMK USJ 8. Tak dilupakan juga, dalam kekusutan berhadapan dengan kerenah anak murid, fikiran turut terganggu untuk menyelesaikan thesis or lebih ramah lagi digelar sebagai AE. AE tu ape? Pengakuan ikhlas di sini, pertama kali dengar aku pun tak tahu ape itu AE (well minah blur katakan). AE is equal tu academic exercise ( mesti korang cakap 'ooooo'). Anyway thanks a lot to my supervisor for AE, guide aku sehingga ke noktah terakhir. Allhamdulillah. Selesai semua maka selesai la tanggungjawab sebagai seorang pelajar UiTM di hatiku. Bermula la honeymoon aku yang tak tahu bila akan berakhir. 









Next, tahun ni aku boleh juga berpuasa penuh dekat rumah dengan hati gembira (tak payah nak keluarkan duit nak beli juadah berbuka dah). Aidilfitri tahun ni aku balik negeri pantai timur. Mek klate ambo ni. Harap je ic aku ni orang pantai timur. Haha. Padahal tergeliat juga lidah nak cakap loghat kelantan ( memalukan di situ yerrr). Ape-ape pun alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk berkumpul dengan saudara-saudara dekat sebelah pantai timur. Almaklum agak jarang juga aku balik sana (actually boleh je kalo aku ambik tiket bas nak ke pantai timur tu..hehe)





Tahun ini juga la ramai sangat kenalan aku yang masuk ke alam baru (alam perkahwinan). One of them my best fren sendiri. Me jeles? Yep! hahaha. Takpela dah jodoh mereka-mereka dah sampai dulu. Yang tak dapat aku join majlis tu ampun maaf  dipinta ye atas halangan tertentu. Kalau ikutkan hati nak sangat turut meriahkan majlis :') Hanya mampu mendoakan yang terbaik. Semoga kalian bahagia sampai syurga (doakan aku menyusul ye..hahaha)



Masa terus berlalu tanpa hiraukan aku. Bila fikir balik macam tak seronok pulak habiskan masa macam tu  je kan? So aku decide nak mohon guru ganti. Alhamdulillah rezeki :). Dapat berkhidmat sebagai guru ganti dekat SMK Dato' Ali Ahmad. Dari situ boleh juga aku belajar bidang perguruan untuk bekalan masa depan kan (giteww!). Bagi aku seronok sebenarnya bila jadi cikgu bila kita betul-betul ikhlas dengan kerja ni dan ada niat nak tolong anak-anak didik kita :) Trust me.. kita akan rasa nikmat menjadi seorang guru kalau niat kita tu betul ;) Dalam masa yang sama, tibalah saat yang memang dinantikan untuk mengiktirafkan diri sebagai seorang graduan. Masa untuk memakai topi empat segi! ;) Alhamdulillah thanks untuk semua yang support aku sampai ke tahap ni (^__^)




And now? Menternak lemak dengan jayanye! Haha. Takpela, untuk isu posting yang takda kesudahan  tu aku terima dengan redha. InsyaAllah sentiasa bersangka baik. Rezeki Allah tu luas. Mungkin belum sampai masa lagi dan pasti akan tiba masa tu nanti :) Just get ready and prepare urself! Masa yang terluang ni isi la dengan baik-baik yer kawan-kawan yang senasib. Hihi.

Rasanye sampai sini dulu aku nak share kenangan yang menggamit memori sepanjang 2013 tengah-tengah malam macam ni. Tapi rasanya semua kenangan indah. Lain-lain kenangan tu biarlah terpahat di hati ni je. Tambah yang pahit kelat masam masin tu. Semua tu tak usahlah dikenang. Move on. :)



Saturday, May 4, 2013

SG GABAI THE BEST!

hello semua!  hepi weekend!!

di kala orang lain sibuk nak balik kampung, sibuk nak buat pilihan untuk mengundi..aku first time bawa bbq54 berbekalkan google map yang dina print menuju ke hulu langat..sg gabai here we go!! tapi pada mula nyer tersasar menuju ke arah yang tak sepatut nye :p takpe la kita kira jalan-jalan kenal tempat kan.. alasan letteww! hihi.

bila map tak boley pakai mula la nak gelabah. tapi last-last thanx to dina's navigators kerana telah membawa kami ke jalan yang benar dan sebenar-benarnya. haha. jauh juga la perjalanan kami dari shah alam. smpai kan ada la salah sikit-sikit masuk jalan tu. tapi normal la bila main redah je kan. bila  dah nak dekat sampai, nampak je signboard sg gabai masing-masing over eksited, tak sabar wokey nak terjun dalam air! 



nak masuk kena bayar sorang seringgit. so memang takda benda yang free sekarang yer, sume kena pakai duit. boley tahan ramai gak la yang datang mandi-manda kat sini. yang ramai nyer sudah tentu anak-anak muda kita. kalo tengok tu memang 'sakit mata' juga la (faham-faham sendiri sudah) tapi ape aku kisah janji aku dapat masuk dalam air. actually sg gabai ni sama je laluan nak pegi ke lubuk manggis, tempat orang yang selalu buat kem. kat sg gabai ni pun ada tempat kem. aku pun dah sampai lubuk manggis tu 2 kali dah. tapi macam teruja gak la sebab boley drive sendiri sampai ke air terjun ni sebab sebelom ni pak cik driver bas je yang tolong hantarkan (^_^)V


get ready to mandi ha?! hehe. sebelum sampai kat tempat yang best untuk menghilangkan segala penat dan stress, memang kena tambahkan penat dan stress dulu yer. sebabnye kena panjat tangga yang agak tinggi juga la. tapi view kat situ sooooooooo nice yaw! serius  korang akan rasa....wow syoknya!! sebelom nak sampai tu korang boley la posing-posing dulu sebab ada check point kat tangga yang nak kena naik tu ;)


see?! aku tak tipu kan. cantik sangat tempat dia. ada masa turun la ke sg gabai yer! ;) sekali sekala nak hilangkan penat or nak enjoy masa weekend yang ada. sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah :)


kami dah nak balik!! anda bila lagi??? hehehehe~ ok yang kat kg selamat mengundi yerr! ;)






Friday, May 3, 2013

BILA KENA USHA DENGAN LECTURER

assalamualaikum and hai semua!

mesti sekarang ni ada yang tengah sibuk nak balik kampung nak mengundi kan?? hati-hati balik yer.. tak kira la sape yang anda mengundi nanti, pastikan undi anda tak rosak..kalo tak sia-sia je nanti.. eceh cakap macam balik mengundi plak :p

ok..aku just nak berkongsi pengalaman apabila kena observe dengan my lecturer.. setakat ni aku dah kena observe sebanyak dua kali.. so tinggal SEKALI je lagii!!! wey tak sabaq nak habes cepat-cepat untuk kena observe ni..huu~

first time kena observe masa aku masuk kelas form 1.. masa ni memang lecturer bagitau yang dia nak datang hari sekian, and pukul sekian sekian la.. pastu aku pun konon mengambil langkah berwaspada la.. warning students awal-awal..cakap orang kementerian nak turun..KONON jela :p hahaha..pastu aku buat perjanjian ngan diorang..kalo buat perangai baik-baik cikgu belanja KFC.. terus kecoh satu kelas kau! yela.. budak-budak kan..layankan aje la..huhu.. nak dijadikan cerita pulak, hari yang lecturer aku datang tu, students aku sume menyepi..serius aku jadi kekok semacam.. biar betul budak2 ni??? selalu suara aku tenggelam dah macam duk dalam market jual ikan.. ini aku tanya pun sorang pun xda suara.. diam membatu =.='  syabas dan tahniah sebab korang memang pandai berlakon..itu semua poyo tau! hahahaha :D so far alhamdulillah.. Madam Fuzaina pun sangat faham keadaan kami kat skolah tu.. tq Madam!!

so second time kena observe, memang syok habes! duk layan tulis kat papan hitam..aku toleh je kat pintu kelas, Madam dah lambai-lambai tangan sambil senyum kat aku..wokeh suprise visit! gile tak gelabah! haha.. nasib la aku ada buat juga nota guna kertas mahjung..sebab aku pun macam dapat rasa dia nak datang..fuhhh~ masa ni plak dengan form 2.. nak dijadikan cite plak, masa tu students aku ramai yang pegi solat..yang chinese plak pegi toilet.. so kelas memang kosong la.. aku dah gelabah sorang takut students tak masuk kelas plak.. nasib yang rajin ponteng pun masuk kelas.. tapi diorang memang buat macam takda orang lain dalam kelas tu, macam diorang tak perasan yang lecturer aku ada dalam kelas tu..so keadaan memang tidak berada dalam keadaan pura-pura..tak reti berlakon macam form 1 plak diorang ni..haha :D pastu aku siap bertukar jadi singa betina lagi! mana tak nyer.. kelas dah macam dekat pasar, smpai aku naik tension.. ape lagi menjerit la aku sampai semua terdiam! tapi aku rasa better macam ni..sebabnyer bila dalam keadaan yang tidak pura-pura, kita akan jadi kita yang real..so kat situ kita boley tengok kelebihan dan kekurangan kita yang sebenar..sape setuju?? 

so far.. banyak aku belajar sepanjang praktikal aku ni.. bila buat kira-kira hari, dah nak habes rupanya praktikal.. kadang-kadang rasa sedih gak la nak tinggal budak-budak ni even nakal sampai aku stress :p wah memang ada jiwa pendidik tak aku?? kih3.. ape pun aku hanya mengaharap yang terbaik..insyaAllah :)


noti budak-budak ni ^^ 




Wednesday, May 1, 2013

hello Mei!

assalamualaikumm~

yippi2!!  cuti hari buruh.. terasa nikmat bercuti bila dah masuk separuh alam pekerjaan..so ape plan cuti? me? duk umah lepak-lepak.. seronok bukan? hahaha :D 

so aku pun dah tak lama dah nak habes praktikal..dah half week dah as practicum teacher.. oh tak sabar sangat nak habes praktikal okeyhh! harini dah masuk bulan 5 dah.. hello Mei!!  so ada lebih kurang sebulan lebih je lagi nak menghadapi cabaran-cabaran seterusnya..chiyok!!! ;)

AE pun dah half way..semoga dipermudahkan segalanya..aamiin2 (^_^) kalo tak memang serabut otak la  bila jadi 2 alam ni.. half cikgu half student..tapi apa boley buat..komitmen2! kena buat dengan ikhlas! baru tak rasa ada bebanan ;) hati pun senang kn? lets fightingggg! ;)



kami bakal guru-guru cemerlang..ok bai! :p