kita hanya insan biasa
yang tak punya apa
berpijak di bumi pinjaman Tuhan Yang Esa
mencari erti apa hidup sebenarnya
kerana manusia sering leka dan alpa
terlalu asyik dengan dunia semata
bongkak dengan harta yang ada
akal entah hilang ke mana
punya hati yang tiada rasa
manusia memang tak sempurna
tapi jalan masih terbuka
buka hati dan mata
berpijak di bumi yang nyata
sebelum kembali pada Pencipta
No comments:
Post a Comment