Pages

Friday, January 4, 2013

ANDAI ITU BAHAGIA...

assalamualaikum  dan salam jumaat :)

alhamdulillah..harini kita masih lagi mampu bernafas di bumi Allah ini :) kita juga masih lagi mampu tersenyum..tersenyum bahagia..bahagia itu juga adalah anugerah dari yang Esa..alhamdulillah kerana aku juga turut merasa nikmat anugerah itu :)

bahagia adalah hak setiap insan..setiap orang mampu mengecapi kebahagiaan..tapi bagaimana? itu terlalu sukar untuk mendapat ketepatan caranya kerana terlalu banyak cara untu merasa bahagia..andalah penentunya :) mungkin ada yang bahagia jika dia mampu membuat orang lain gembira..mungkin ada yang bahagia bila dia telah melukakan hati dan perasaan orang lain..manusia sama hitam rambutnya tapi lain-lain hatinya..

andai bahagia itu ada, jangan leka dengan kebahagiaan itu kerana bahagia juga bukan sesuatu yang akan terus kekal..ini kerana manusia sering kali diuji..diuji juga dengan kepelbagaian bentuk..diujinya seseorang itu kerana Dia tahu kemampuan kita, kekuatan kita..jangan cepat melatah..jangan cepat tersungkur..tapi lahirlah rasa syukur apabila diuji..Dia tak beri apa yang kita mahu sebab Dia tahu apa yang kita perlu..

bila susah kita mencari-Nya..tapi bila kita senang macam mana pulak? semoga ini akan terus menjadi ingatan buat diriku..dan juga dirimu :)







2 comments:

Anonymous said...

well said. :)

Lya said...

juz to remind myself..:)