Pages

Friday, December 27, 2013

MASAM MANIS MASIN PAHIT 2013

Assalamualaikum.

Hello i'm back! (macam ada orang kisah pulak kan? hehe) since macam lama juga tak mengarang dekat dalam blog ni (kesian blog aku terabai macam tu je) so why not aku taip dekat sini :)

Well, 2013 pun dah tak lama lagi akan melabuhkan tirai. So soalan yang aku rasa tak perlu ditanya lagi sebab aku rasa setiap tahun sebelum mulakan tahun baru mesti semua dah tanya. Apa azam baru korang ha? (eh tertanya pulak). 

2013. Tahun yang penuh dengan kenangan indah dan pahit (tahun-tahun lain pun sama juga la kan ada kenangan). Paling seronok tahun ni aku dah masuk final year plus final sem. Hujung bulan 1 sampai bulan 2 sempat bersuka ria sebelum dilenyek dek anak murid. Masuk bulan 3, dengan harapan persediaan mental dan fizikal yang mantap aku dapat selesaikan tanggungjawab sebagai guru praktikal di SMK USJ 8 dengan jaya. Alhamdulillah mungkin ada hikmah aku berdepan dengan anak murid yang sedikit menggugat kesabaran. So far, everything just fine. Thanks a lot to my supervisor dan warga SMK USJ 8. Tak dilupakan juga, dalam kekusutan berhadapan dengan kerenah anak murid, fikiran turut terganggu untuk menyelesaikan thesis or lebih ramah lagi digelar sebagai AE. AE tu ape? Pengakuan ikhlas di sini, pertama kali dengar aku pun tak tahu ape itu AE (well minah blur katakan). AE is equal tu academic exercise ( mesti korang cakap 'ooooo'). Anyway thanks a lot to my supervisor for AE, guide aku sehingga ke noktah terakhir. Allhamdulillah. Selesai semua maka selesai la tanggungjawab sebagai seorang pelajar UiTM di hatiku. Bermula la honeymoon aku yang tak tahu bila akan berakhir. 









Next, tahun ni aku boleh juga berpuasa penuh dekat rumah dengan hati gembira (tak payah nak keluarkan duit nak beli juadah berbuka dah). Aidilfitri tahun ni aku balik negeri pantai timur. Mek klate ambo ni. Harap je ic aku ni orang pantai timur. Haha. Padahal tergeliat juga lidah nak cakap loghat kelantan ( memalukan di situ yerrr). Ape-ape pun alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk berkumpul dengan saudara-saudara dekat sebelah pantai timur. Almaklum agak jarang juga aku balik sana (actually boleh je kalo aku ambik tiket bas nak ke pantai timur tu..hehe)





Tahun ini juga la ramai sangat kenalan aku yang masuk ke alam baru (alam perkahwinan). One of them my best fren sendiri. Me jeles? Yep! hahaha. Takpela dah jodoh mereka-mereka dah sampai dulu. Yang tak dapat aku join majlis tu ampun maaf  dipinta ye atas halangan tertentu. Kalau ikutkan hati nak sangat turut meriahkan majlis :') Hanya mampu mendoakan yang terbaik. Semoga kalian bahagia sampai syurga (doakan aku menyusul ye..hahaha)



Masa terus berlalu tanpa hiraukan aku. Bila fikir balik macam tak seronok pulak habiskan masa macam tu  je kan? So aku decide nak mohon guru ganti. Alhamdulillah rezeki :). Dapat berkhidmat sebagai guru ganti dekat SMK Dato' Ali Ahmad. Dari situ boleh juga aku belajar bidang perguruan untuk bekalan masa depan kan (giteww!). Bagi aku seronok sebenarnya bila jadi cikgu bila kita betul-betul ikhlas dengan kerja ni dan ada niat nak tolong anak-anak didik kita :) Trust me.. kita akan rasa nikmat menjadi seorang guru kalau niat kita tu betul ;) Dalam masa yang sama, tibalah saat yang memang dinantikan untuk mengiktirafkan diri sebagai seorang graduan. Masa untuk memakai topi empat segi! ;) Alhamdulillah thanks untuk semua yang support aku sampai ke tahap ni (^__^)




And now? Menternak lemak dengan jayanye! Haha. Takpela, untuk isu posting yang takda kesudahan  tu aku terima dengan redha. InsyaAllah sentiasa bersangka baik. Rezeki Allah tu luas. Mungkin belum sampai masa lagi dan pasti akan tiba masa tu nanti :) Just get ready and prepare urself! Masa yang terluang ni isi la dengan baik-baik yer kawan-kawan yang senasib. Hihi.

Rasanye sampai sini dulu aku nak share kenangan yang menggamit memori sepanjang 2013 tengah-tengah malam macam ni. Tapi rasanya semua kenangan indah. Lain-lain kenangan tu biarlah terpahat di hati ni je. Tambah yang pahit kelat masam masin tu. Semua tu tak usahlah dikenang. Move on. :)



Saturday, May 4, 2013

SG GABAI THE BEST!

hello semua!  hepi weekend!!

di kala orang lain sibuk nak balik kampung, sibuk nak buat pilihan untuk mengundi..aku first time bawa bbq54 berbekalkan google map yang dina print menuju ke hulu langat..sg gabai here we go!! tapi pada mula nyer tersasar menuju ke arah yang tak sepatut nye :p takpe la kita kira jalan-jalan kenal tempat kan.. alasan letteww! hihi.

bila map tak boley pakai mula la nak gelabah. tapi last-last thanx to dina's navigators kerana telah membawa kami ke jalan yang benar dan sebenar-benarnya. haha. jauh juga la perjalanan kami dari shah alam. smpai kan ada la salah sikit-sikit masuk jalan tu. tapi normal la bila main redah je kan. bila  dah nak dekat sampai, nampak je signboard sg gabai masing-masing over eksited, tak sabar wokey nak terjun dalam air! 



nak masuk kena bayar sorang seringgit. so memang takda benda yang free sekarang yer, sume kena pakai duit. boley tahan ramai gak la yang datang mandi-manda kat sini. yang ramai nyer sudah tentu anak-anak muda kita. kalo tengok tu memang 'sakit mata' juga la (faham-faham sendiri sudah) tapi ape aku kisah janji aku dapat masuk dalam air. actually sg gabai ni sama je laluan nak pegi ke lubuk manggis, tempat orang yang selalu buat kem. kat sg gabai ni pun ada tempat kem. aku pun dah sampai lubuk manggis tu 2 kali dah. tapi macam teruja gak la sebab boley drive sendiri sampai ke air terjun ni sebab sebelom ni pak cik driver bas je yang tolong hantarkan (^_^)V


get ready to mandi ha?! hehe. sebelum sampai kat tempat yang best untuk menghilangkan segala penat dan stress, memang kena tambahkan penat dan stress dulu yer. sebabnye kena panjat tangga yang agak tinggi juga la. tapi view kat situ sooooooooo nice yaw! serius  korang akan rasa....wow syoknya!! sebelom nak sampai tu korang boley la posing-posing dulu sebab ada check point kat tangga yang nak kena naik tu ;)


see?! aku tak tipu kan. cantik sangat tempat dia. ada masa turun la ke sg gabai yer! ;) sekali sekala nak hilangkan penat or nak enjoy masa weekend yang ada. sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah :)


kami dah nak balik!! anda bila lagi??? hehehehe~ ok yang kat kg selamat mengundi yerr! ;)






Friday, May 3, 2013

BILA KENA USHA DENGAN LECTURER

assalamualaikum and hai semua!

mesti sekarang ni ada yang tengah sibuk nak balik kampung nak mengundi kan?? hati-hati balik yer.. tak kira la sape yang anda mengundi nanti, pastikan undi anda tak rosak..kalo tak sia-sia je nanti.. eceh cakap macam balik mengundi plak :p

ok..aku just nak berkongsi pengalaman apabila kena observe dengan my lecturer.. setakat ni aku dah kena observe sebanyak dua kali.. so tinggal SEKALI je lagii!!! wey tak sabaq nak habes cepat-cepat untuk kena observe ni..huu~

first time kena observe masa aku masuk kelas form 1.. masa ni memang lecturer bagitau yang dia nak datang hari sekian, and pukul sekian sekian la.. pastu aku pun konon mengambil langkah berwaspada la.. warning students awal-awal..cakap orang kementerian nak turun..KONON jela :p hahaha..pastu aku buat perjanjian ngan diorang..kalo buat perangai baik-baik cikgu belanja KFC.. terus kecoh satu kelas kau! yela.. budak-budak kan..layankan aje la..huhu.. nak dijadikan cerita pulak, hari yang lecturer aku datang tu, students aku sume menyepi..serius aku jadi kekok semacam.. biar betul budak2 ni??? selalu suara aku tenggelam dah macam duk dalam market jual ikan.. ini aku tanya pun sorang pun xda suara.. diam membatu =.='  syabas dan tahniah sebab korang memang pandai berlakon..itu semua poyo tau! hahahaha :D so far alhamdulillah.. Madam Fuzaina pun sangat faham keadaan kami kat skolah tu.. tq Madam!!

so second time kena observe, memang syok habes! duk layan tulis kat papan hitam..aku toleh je kat pintu kelas, Madam dah lambai-lambai tangan sambil senyum kat aku..wokeh suprise visit! gile tak gelabah! haha.. nasib la aku ada buat juga nota guna kertas mahjung..sebab aku pun macam dapat rasa dia nak datang..fuhhh~ masa ni plak dengan form 2.. nak dijadikan cite plak, masa tu students aku ramai yang pegi solat..yang chinese plak pegi toilet.. so kelas memang kosong la.. aku dah gelabah sorang takut students tak masuk kelas plak.. nasib yang rajin ponteng pun masuk kelas.. tapi diorang memang buat macam takda orang lain dalam kelas tu, macam diorang tak perasan yang lecturer aku ada dalam kelas tu..so keadaan memang tidak berada dalam keadaan pura-pura..tak reti berlakon macam form 1 plak diorang ni..haha :D pastu aku siap bertukar jadi singa betina lagi! mana tak nyer.. kelas dah macam dekat pasar, smpai aku naik tension.. ape lagi menjerit la aku sampai semua terdiam! tapi aku rasa better macam ni..sebabnyer bila dalam keadaan yang tidak pura-pura, kita akan jadi kita yang real..so kat situ kita boley tengok kelebihan dan kekurangan kita yang sebenar..sape setuju?? 

so far.. banyak aku belajar sepanjang praktikal aku ni.. bila buat kira-kira hari, dah nak habes rupanya praktikal.. kadang-kadang rasa sedih gak la nak tinggal budak-budak ni even nakal sampai aku stress :p wah memang ada jiwa pendidik tak aku?? kih3.. ape pun aku hanya mengaharap yang terbaik..insyaAllah :)


noti budak-budak ni ^^ 




Wednesday, May 1, 2013

hello Mei!

assalamualaikumm~

yippi2!!  cuti hari buruh.. terasa nikmat bercuti bila dah masuk separuh alam pekerjaan..so ape plan cuti? me? duk umah lepak-lepak.. seronok bukan? hahaha :D 

so aku pun dah tak lama dah nak habes praktikal..dah half week dah as practicum teacher.. oh tak sabar sangat nak habes praktikal okeyhh! harini dah masuk bulan 5 dah.. hello Mei!!  so ada lebih kurang sebulan lebih je lagi nak menghadapi cabaran-cabaran seterusnya..chiyok!!! ;)

AE pun dah half way..semoga dipermudahkan segalanya..aamiin2 (^_^) kalo tak memang serabut otak la  bila jadi 2 alam ni.. half cikgu half student..tapi apa boley buat..komitmen2! kena buat dengan ikhlas! baru tak rasa ada bebanan ;) hati pun senang kn? lets fightingggg! ;)



kami bakal guru-guru cemerlang..ok bai! :p







Friday, April 19, 2013

SAYA CIKGU.


hai2!!  assalamualaikum semua (^__^)

hamboi bizi betul aih cikgu praktikal ni..sampai tak sempat nak jengah kat blog sendiri! huhu.. miss my blog so much!!! pejam celik pejam celik...jangan tak celik-celik sudah :p dah nak masuk minggu kelima dah aku rupanye duk kat SMK USJ 8 tuh.. so far alhamdulillah boley dikatan masih stabil, masih ok.. 

TAPI...

ha yang tapi tu macam tak sedap plak nak tulis..as u ols tau la kan ngan sistem pendidikan kita sekarang ni kan.. dah takda PMR dah nanti kalo yang menegahnyer.. so yang aku ni kena plak ngajar form 1 & 2.. jadinyer aku memang terlibat lah dengan sistem PBS ni..tau ke benda ape PBS tu? hmmm.. ok PBS tu adalah penilaian berasaskan sekolah.. students akan diberi penilaian for every chapter and by topic.. setakat ni garu kepala juga la aku nak setelkan benda ni.. tapi aku kira rasa beruntung juga la sebab nye aku sendiri dapat rasa macam mana sistem tu dilaksanakan.. yeah memang satu pengalaman yang sangat berguna bagi aku! #taknak komen banyak-banyak :p

minggu ni agak bizi juga..and sekolah aku pun macam sudah huru hara dengan macam-macam aktiviti.. rabu aritu buat karnival akademik.. for math, sangat seronok! cikgu pun seronok main game! hahaha.

and today it was my first time to be evaluated by my beloved supervisor, Madam Fuzaina :) so far alhamdulillah.. she's very supportive and really understanding after having a chit chat ^^  thanx so much 1 efisyen sebab tetiba jadi pendiam plak semua arini yer..cikgu tercengang juga la bila tengok semua jadi baik tetiba..hahaha..tapi yang cuak nye sekarang students uitm dah cuti midsem..ini memberi petanda yang madam akan datang anytime.. so aku kena la bersiap sedia utk setiap masa.. and the sad news is aku kena tukar klas.. satu hal plak nak kena ingat nama students lain plak.. perangai taktau la sama ke tidak plak..hahaha.. takpe2.. chill saja! ;) u can do it!! huhu..semoga dipermudahkan segala urusan..insyaAllah aamiin! ;)



 ~ cikgu iylia & cikgu dina ~


Monday, March 4, 2013

SELAMAT PAGI CIKGU!!

assalamualaikum :)

ok hari ni aku dah kena buka mata awal-awal pagi..sangat awal okey! sebab nyer hari ini first day masuk sekolah untuk yang sebetulnye..kalo sebelum ni masuk hanya jumpa PK tapi harini aku dah diumukan sebagai guru praktikal masa perhimpunan..so bermula la perkhidmatan aku sebagai guru praktikal di SMK USJ 8 :)


so far alhamdulillah..cikgu-cikgu kat sana sangat la friendly and nice :) jumpa PK pun seronok sangat sebab memang dilayan baik..and especially ayahanda SMK USJ 8..sangat-sangat baik..macam ayah-ayah gitu ;) insya-Allah hopefully takda masalah la nak praktikal dekat situ sampai akhir bulan 6 nanti :)

and actually sekolah tu agak jauh juga la from my house dekat seksyen 17 ni..but terpaksa la ulang-alik.. thanx so much to my dad..coz finally he trust me to bring the car.. mula-mula agak susah nak pujuk.. tapi nak buat camne sebab memang berhadapan dengan masalah transport.. nak pindah, kos sewa kat sangat mahal okey! oh tak sanggup kitewww.. tapi dah bawa transport pun still ada problem.. JAM! sape yang suka kalo duk dalam jam kan??? disebabkan jam la aku gerak dari umah pukul 6.30 pagi..huh =.=' takpe la ni la pengalaman aku duk kat tempat yang bizi camni.. tapi kan kalo aku jadi samseng jalanan nanti jangan salahkan aku sebab orang2 kat sini yang ngajar aku jadi samseng..ahahaha..



then harini masa duk kat perhimpunan, dah dapat slip utk relief class..ok cuak! hahaha..



tapi eksited gak nak jumpa students ^^  so bila dah time kena masuk tu......mak ai! kecoh benor..tenggelam suara aku.. ada je benda yang nak diorang tu cakap.. tapi paling syok bila diorang duk kata aku nampak macam budak je tak macam umur 20-an..ok nak perasan jap ek :p  hahahaha.. ape-ape la korang.. nasib tak ngajar korang tau! dapat sesi petang plak..ngajar form 1&2..DAN! involve ngan PBS ok! so take it as challenge and niatkan untuk belajar ape yang diterima masa kat sekolah tu..untuk badan beruniform aku pilih pandu puteri..ekekeke..then kelab aku ambik kebudayaan u olss!  hihi.. so harap praktikal aku berjalan dengan lancar..aaminn~


semoga cikgu iylia & cikgu dina dapat menabur bakti dan membantu anak didik dengan cemerlang..aamiin~


ONCE UPON A TIME..

# cerita basi....

biar gambar yg menceritakan ape yang terjadi di SMK Sg Pusu, Gombak.. 













thanx adik2 sebab bagi kerjasama yang sgt baik utk maths scool camp ni! akak2 pun rasa semangat juga 
so aku jadikan ini medium sebagai persediaan melangkah ke alam praktikal sebab dekat sini aku boleh tengok macam mana cara nak berinteraksi dengan students :)

tahnx juga buat sahabat2 semua yang sama2 membantu menjayakan program ni :)




Saturday, February 16, 2013

APO NAK JADI?

bila dah terjebak dengan penyakit ni mmg payah dah la..nak cari ubat pun, rasa nyer kalo pegi klinik pun mahu kena makan kasut doktor..sekali kena sekeh kat kaunter daftar..haish! ape ek ubat yang mujarab bagi penyakit MALAS ni????

bukan main balik awal kat shah alam..konon nak buat AE (research)..tapi apa pun tarak! keje bangun tido makan, habes rajin tengok muvee online (rajin plak tnggu cite tu loading kan?) =.=' oh mannnnnn! nak menyesal ke tak ek balik shah alam ni awal-awal?? hahahaha.

bila nak ada mood wat AE ni wey??? banyak lagi kot keje nak kena buat! dah la kena review balik satu-satu journal yang aku dah baca online sebab terlebih pandai! mana satu yang aku refer pun taktau la yang ada dalam bookmark aku tuh! cari keje plak la minah senget ni kan?? zzzZZZZZZZzzzzzzz~

ok tarik nafasssssss....lepasssssss..fuh! relax-relax..buat keje kena cool baq hang! tension?? takmo takmo ^^ 


 KEEP CALM
AND
DO YOUR AE
(^_________^)



Friday, February 15, 2013

RESULT FINAL

aku yakin dan pasti bahawasanya semua kawan-kawan uitm mesti tak tido lena and tak senang duduk mulai pkul 12 semalam..punca nya adalah result yang akan keluar! toksah kata korang jela, aku pun sama..dah macam cacing kepanasan..tapi aku buat cool je..malas nak fikir result, so layan korea :p last-last lena tergolek..hik3

so buat yang berjaya melepasi target, congrate! ;) keep it up ! buat yang kurang berjaya, insya-Allah rezeki Allah itu luas :) trust HIM..kadang-kadang kita rasa kita dah berusaha dan buat yang terbaik..tapi kita belum dapat apa yang kita mahu..so jangan putus asa..teruskan lagi, insya-Allah pasti boley! :) macam yang kita selalu dengar.. gagal sekali bukan beerti gagal untuk selamanya ..dan juga.. orang yang berjaya adalah orang yang belajar dari kesilapan lalu ..renung-renungkan dan selamat beramal ;)



thanx untuk semua yang mendoakan.. my parents, frenz, lecturers, ehem2 (apakah?hahaha) alhamdulillah rezeki untuk kali ini..mungkin ini adalah last aku dapat tengok result final..sebab after this hanya  sibuk menempuh alam praktikal and setelkan research aku..huhu~ aku hanya mengharapkan yang terbaik.. all da best kawan-kawan seperjuangan! (^_^)




Sunday, February 10, 2013

Sesuap Nasi

bila ada cuti ni memang tak sah la kalo takda kenduri kan..sana sini kenduri..aku pun terlibat sama la..eh bukan aku yang kenduri..tapi aku buat perkhidmatan untuk kenduri ;) perkhidmatan ape? haa..perkhidmatan untuk sewa kanopi ^^

pagi-pagi kemarin aku dah kena get ready nak pegi siapkan kanopi untuk satu wedding nie..actually ini la first time aku turun padang sama-sama ngan parents aku untuk siapkan kanopi for the wedding.. sebelum ni macam tak berkesempatan sikit..tapi alhamdulillah pagi kemarin aku boley luangkan masa and kerahkan sedikit tenaga :) 


actually seronok sangat bila buat keje ramai-ramai ni..rasa happening jer! ^^  habes anak-beranak turun nak buat keje..haha..mula-mula yang lelaki dulu mulakan keje..diorang setelkan bahagian khemah dulu baru aku menyusul dengan kain-kain yang berjuntai-juntai kat atas tu..hehe




ape yang penting??
kerjasama!!

haaaa nak yang macam itu la ;) hihi..actually ni family bisnes aku..not 100% la..ada buat share partner ngan kawan baik abah aku..aku pun ingat one day nanti nak buat bisnes..insya-Allah..hee~





lepas naik turun kerusi nak gantung kain.. heret kerusi sini sana..donggak kat atas sampai terasa sakit leher aku sekarang ni..fuhhhh~ done! puas hati sangat-sangat dapat buat keje-keje ni :)





so kalo sape yang duk area arau or dekat-dekat..kalo perlukan kanopi boley la pm yer ;) eceh sempat plak aku buat iklan kan..haha..sok pagi-pagi nak pegi buang pulak kain-kain tu..tido awal! hihi..