Pages

Saturday, April 30, 2011

JOM TGK NI!! :)

salam.

hey! stop study..maghrib2 ni tak masuk dah ape yg dibaca..am i rite? ;) huh~ setelah bertungkus lumus belek2 bku PTE smpai rsa nk rebus jer bku tu then mnum...kn senang camtu? semua ilmu masuk trus takyah nk bca2 dah.. eheh mcm boley :p so sape2 yg blom habis paper lg mcm aku...jgn tension2..buat ape yg termampu.. at least kita dah berusaha utk buat yg terbaik...okep?! ;) so aku nk share satu video yg agak menarik ni..maybe lpas tgk video ni korang akan pelajari sesuatu yg tak akan merugikan kita semua ;)

ps : sila pause dlu lagu blog aku ni ek..kang x dgr..ehehe~

AYAM BLACK PAPER VS PTE

salam.

fuh! penat selak2 bku PTE..ni la masalah nyer kalo masuk kelas juz tgk muka lec and x reti2 nk take note...tp aku x rasa pun ada note2 yg perlu dicatat msa kelas PTE...lec juz akan masuk and ckp main point yg ada dlm syllabus then sembang2..actually lec aku ni dah pencen klo sebenar-benarnyer...skang dia ngajar ats kontrak.. dah baya tokwan la..tp aku suka dia [not love la..hahahaha] hormat dia mcm tokwan aku [xda la aku panggil tokwan..prof kot!] suka tu aku suka masuk klas dia..sbb sempoi! hahahaha...tp tu la...masalahnyer bila nk final baru terkial-kial cari note =.= heh! ni dah nk menuju ke jln yg x benar ni...oh sgt bahaya! so aku kna take it seriously!!! 

eh2...harini sy masak lg..smlm masak ayam sambal...hari ni ayam black paper plak ;) [ayam jer keje...klo bdn naik mmg xda alasan lain la kn :p] ttba mood nk masak dtg mencurah-curah...hahaha...rsa mcm nk tukar hobi la! MASAK! hik3~ pit slalu sruh aku blajar masak..dia ingt aku x pndai masak ker?! :p men masak campak2 pun org kata sedap!! hahaha..dah lepas ker nk kawen ni? kwn2 ckp dah boley kawen [ gedikkkkkkkk nyer la hai lya!!! ] hahahahaha =D tak2...byk lg sy kna blajar...balik nnt nk blajar masak cara kg pulak la! ;) hihi...lpas ni klo aku rajin masuk dapur mesti mak aku dlm hati kata camni "mimpi apa la anak aku sorg ni...rajin plak masuk dapur" ops! hihihi~


ayam black paper berkuah hasil air tgn sy ;) hihi 

Friday, April 29, 2011

AYAM 1000 RASA

salam.

aku tak sangka plak masakan aku not bad la jg..kih3 [bkn nk bngga dri okey] aku ni pandai masak juga rupanyer..hahahaha..cuma MALAS! dat is da point..kalo balik umah cuti sem mmg kna la berleter ngn madam besar sbb malas masuk dapur...ops kantoi! :p kalo duk umah sewa pun bkn rajin masak sgt :p lg kantoi!! hahahaha..btw aku nk kongsi satu resepi ngn adik2 kakak2 makcik2 kat umah tu..kot la nk try japgi kn..boley abg2 pakcik2 balik sembahyang jumaat harini mkn sedap2! ;) ni dari chef saleem, my fren kt FB :)

BAHAN2:

1 ekor ayam (sederhana besar
1 mangkuk kecil air
4 sudu minyak masak
3 sudu kicap manis
4 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
2 sudu jus oren @ limau purut pun buleh jugok
2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 sudu buah badam (ditumbuk)
1 inci belacan
Sedikit garam dan sebuk perasa Bahan-bahan untuk dikisar:
1 inci halia
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering


 CARA2 :

1. Ayam dipotong kepada bahagian kecil dan dibuang tulangnye.

2. Setelah dibersihkan, perap ayam selama 2 jam bersama kicap, sos tiram,sos tomata dan jus oren. Masukkan juga lada hitam bersama buah badam yang telah ditumbuk.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Biarkan sehingga naik baunya.

4. Masukkan belacan dan garam serta serbuk perasa. Masukkan air

5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Kacau dan biarkan seketika sehingga masak.



so jgn lupa yer try cube test kat umah ! ;) SELAMAT MENCUBA!!!~



SIFAT IKUT BULAN ISLAM:)

salam

hey sume! ada nmpak kelainan tak kat blog aku?? hahahahaha~ baru lpas 2 paper ada plak msa buat bnda2 alah ni kn :p actually mlm ni aku nak betul2 relax...so memandangkan taktau nk buat pe...jd aku transform la rupa blog aku ni ;) sok baru cadang nk study utk next paper seminggu dari skang [ lma kn gap? ]

so kali ni aku nk kongsi ngn korang pasal sifat memalui bulan Islam :) ker korang dah tau? aku baru tau yang aku lahir bulan syawal...hik3...nk tau ape sifat aku korang bca la sendri nnt....and mostly mmg tepat! ;)

jujur aku cakap...aku mmg seorg yg keras hati...hahahaha...cam bngga plak...no la...tp juz mengenal dri sndri :) kita sendri yang tahu mcm mna dri kita...tp kita x boley trus judge org direct camtu jer...mesti semua org penah dgr kata kn pepatah ni "dun judge the book from it's cover"...so renung-renungkan dan selamat beramal!!~ ;)

so korang yg mna??? ;)

Muharram 

Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.



Safar 

Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.



RabiulAwal

Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.



RabiulAkhir 

Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.



JamadilAwal 

Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .



JamadilAkhir 

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.



Rejab 

Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .



Syaaban

Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .



Ramadhan 

Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.



Syawal 

Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.



Zulkaedah 

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.



Zulhijah 

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.




Thursday, April 28, 2011

AKU TAK BODOH!

salam.

wow! tajuk mcm emo je kn? no nehe hey...!!  :p bkn emo...tp juz nk ckp aku tak bodoh cuma tak genius kot... hihi...skang ni juling ngan nombor lagi.selagi x habis subjek math selagi tu aku akan mabuk ngn nombor..mcm nk muntah nombor dah! huhu..sok last paper utk subjek math..algebra...so far dah cover ckit [ckit jer???] ntah la makin byk aku buat past year makin berbelit-belit segala step yg ada dlm subjek ni..hoho..xpela ape yg kita usahakan kita berserah dan tawakal pada Dia...insya-Allah~ :) and bak kata sorg prof yg blm diiktiraf lg.. "true achievement is no seen from the result but it is actually seen by the effort have been put into" (Halin, M.H.A, 2011) muahahahaha~

kalo bab study2 ni aku mmg x reti nk study berjemaah..aku lg prefer study sendri then klo x reti baru tnya :p ntah la..mmg sejak azali lg la aku x reti study jemaah ni...korang camner pulak?? aku klo nk fokus kn aku mesti cari tmpat yg tersorok..tp klo dah xda tu terpaksa la sesuaikan ngn sekeliling yg ada :) ingt lg msa zaman skolah dlu..aku boley stay up sorg2 kt ruang sebelah blik aku smpai 3-4 pg...huh rindu plak zaman skolah T____T .. and baru2 ni dapat berita yg skolah aku, SBPI Gopeng dah naik pangkat! wohooo!!~ dah jd skolah kluster! cayalah IGOP!!! bangga sgt2 walaupun aku pelajar yg x boley bnggakan skolah msa zaman aku :p xpela rezeki kita Allah dah tentukan...bkn kita x usaha...so terima ape yg ada...juz bersyukur ..lgpun rezeki ada kat mna2 jer...usaha lg dan jgn putus asa ..dat is da best way..:)

so kwn2...doakan sy utk paper kedua plak ek...i luv LINEAR ALGEBRA!! ;)

my cayang2 ;)

Tuesday, April 26, 2011

HARI-HARI EXAM KU..

salam.

fuhhhhhh~ [baca dgn 6 harakat :p] lega dan sgt lega! alhamdulillah..no more calculus in my life.tp buat msa degree ni la.sok2 kalo jd ckgu math kna ngadap balik la =.= so tolak tepi nota2 calculus...kita taknak buang nota! kita cayang sbb kita buat penat2 and rsa puas sgt2 ngn note buatan sndri.hik3.ada sape2 nk beli tak?? erkkk.

teringat balik zaman skolah dlu2.dari skolah rendah.asalkan ada exam mesti mak sediakan koko crunch.taktau nape hari exam paling special! hahaha.pastu masuk asrama xda la jmpa hari2 special mkn koko crunch tu.jmpa makanan yg mak cik dewan mkn la plak.tp bila masuk asrama ni up lagi  special dia. abah bg hp la plak! knon senang nk contact bila hari exam :p kih3.skang ? mkn ntah ke mana hp pun ntah ke mna.pg2 td before exam kol mak.ambil restuuu...huhu.pastu lpas dah kol mak, abah plak kol aku.x sah la klo dia membebel kat aku :p xpe..ambil sbg penguat smgt! ;) lusa my second paper plak..LINEAR ALGEBRA..'alzebra' dlm kenangan.hik3.dak2 skol aku mesti tau! ;) nk tau ape di sebalik perkataan 'alzebra' ni?? tunguuuu~ ;)

Monday, April 25, 2011

KITA RINDU :')

aku sunyi tanpa ada dia...
dia yang selalu buat aku tersenyum...
dia yang sudi mendengar aku...

aku rindu mereka...
mereka yg akan buat aku tertawa girang...
mereka yang sudi mendengar suara hati aku...

aku rindu dia dan mereka...
dia dan mereka yang dapat terima aku seadanya...

walaupun aku bukan yang terbaik...
tapi aku akan berusaha utk yg lbih baik...
bukan hanya utk dia...
bukan hanya utk mereka...
tapi untuk semua... :')



PENANTIAN HAMPIR BERAKHIR

salam.

adei tepu sudah =.= sok dah final....scary! :s hampir seminggu bertungkus-lumus study utk calculus yg akan berlangsung selama 3 jam esok! berbaloi tak?! harap sgt2! =.=


mata dah naik pinar tgk nombor..x ckup esok..lusa pun kna 'main' nmbor lg..huhu..neves wey nk masuk hall esok! sok mintak2 la sempat jwb sume soklan..dan berharap sgt2 soklan x plik2 mcm final before2 ni..bila buat past year mcm boley buat lg tp bila dtg final yg betul....nganga jap! :p


aku ingt lg..msa PMR or SPM..msa tu pengawas peperiksaan ckp ada lg 10 minit masa nk habis..yg aku ni terhegeh-hegeh lg buat..pastu mula la..boley plak pen takmau lekat kat tgn..asyik gelongsor jatuh jer..sbb terlalu shaking :p hahaha~ tp alhamdulillah sempat jwb sume...mntak2 xda la kejadian tu berulang lg :p huh! kwn2..doa sy boley jwb esok yer! ;) thanx kwn2!! :)

ENTRI UNTUK MEKNGOH

salam..saya terjaga dari tido sbb niat hati mlm td nk tdo kejap jer ngn dina..buat alarm pkul 12 tp skang almost 6 =.=' aiyakk!! boley mati ini macam...huhuhu~ so before ambik mood nk buka buku calculus nk membebel kat sini dlu coz rsa dah lma x membebel kat sini..bajet no time la nk exam2 ni kn..huahuahua~

sok 26/4 ...exam2~ @_@...but never mind...juz keep it and let's party!!! to my dear izzatul fahimah yahya yg ber-ic 900425-03-**** [dah taktau :p] HEPI BESDAY DEAR!!! oh my...u're my sis~ so kawen nnt awk dlu la yer? mna boley kn nk langkah2 bendul ni..rugi la aku nk kna bg2 barang plak nnt..ahahahaha =D

fren, tq for being a good fren even i'm not a good fren for you :') and for your besday, i pray dat u will get a good result for your exam! and our friendship will last forever...AMIN! :) luv u dear!! ;)


Friday, April 22, 2011

TAZKIRAH JUMAAT :)

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Tuhan aku hanya manusia 
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku




p/s : satu pernantian...

Thursday, April 21, 2011

DIA MENGHANTUI SAYA

salam..

yeah dia dtg lagi! demam final..mmg boley dmam pun..klo dah dua hari aku bertapa dlm library yg bersuhu 20 degree....huuuu~ nebes wey! 4 hari lg dia akan menjelma!! juz do pray for me yea kwn2 ;) 

muka mau serius klo study! hahaha
tp dlm hati x sabar nk cpt habis2 sem ni...nk balik keje!!! insya-Allah my lil bro dah jumpa job utk aku...oyeaaa!! skang ni dah nmpak $_$ dah!! ahahaha..ok2 pape pun FINAL first!! ;) daa~ ALL DA BEST KWN2!!! LUV U ALL DAMN MUCH!!!!


"YA ALLAH...KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN KAMI...KAU BERKATILAH ILMU YG KAMI PEROLEH...KAU KURNIAKANLAH KAMI SEBUAH KEJAYAAN...AMIN~~~"






MUKA-BUKU

salam.

pepagi rsa nk bergosip plak..tdo lena tak korang?! aku tdo mati siap! :p topik hangat nasi lemak kopi o blog ni harini adalah 'muka-buku' atau nama femes dia facebook! korang tau ker facebook tu ape? kalo x tau mmg korang kna masuk zaman batu la balik gamak nyer =.=...skang ni toksah ckp la..budak yg baru lahir pun ntah2 dah ada fb sendri..zaman moden katakan..baru jer dia buka mata kat dunia ni mak dia dah buatkan fb kat dia.. who knows?? betul tak?? sape setuju angkat tgn mcm saya~~~ :p pekdah sgt ker fb ni smpai baby baru lahir pun nk kna buat fb?? bg aku YA bg golongan PJJ mcm aku..ops! :p cer kita tgk balik..klo aku nk tepon mahal..huhu...tenet kan free jer..bil ttap plak tu...student price lg! hahahaha.. btw aku rsa tu jela faedah nyer tapi byk buruk nyer [tau tp still ngadap 24 jam :p] dan aku klo sehari tak buka fb tu bkn aku la tu..tp ada sbb! sbb nk jmpa dia kat alam maya la T___T sanggup tnggu berjam-jam tnggu dia on9...dan aku pun yakin dia pun penah buat camtu...sweet tak kitaorg?? kalo rsa lugai2 nak terkuar tu cpt2 sediakan plastik ek..kang habis kotoq screen hampa sbb bca entry geli ni :p muahahahaha~ ok2 aku nk selongkar pe yg buruk sgt fb ni..first! penah bca berita tak yg sorg pompuan ni teraniaya? da mamat ni ambil gmbar dia buat gmbar bogel...eeeuwww~ disgusting!! ape dah xda keje sgt kot?? dan ada lg satu! ni laaaaaaaaagi xda keje!! boley siap buat page kumpul gmbar awek bertudung..sound mcm good je kn?? tp korang tau pe diorg buat?? diorg kmpul gmbar awek bertudung yg ala2 seksi jer..pastu rmai2 komen2 pic2 sume tu dgn ayat2 tuttttt~ haish aku x nk kotorkan entry aku..hoho...so pasni private-kan la ape yg korang rsa perlu.. okey?! ;) ada lg buruk fb ni...mlm td komen2 ngn adik aku..then dia smpaikan pesanana abah aku.." final dah dekat...tutup2 la fb tu...da sorg kwn abah ni pensyarah...dia ckp fb punca student merosot "...dats mean i should off my fb for a while  =.='...XOXO



ps : i hope everything will going smoothly~ :)

Tuesday, April 19, 2011

BAHASA OMPUTEH.

salam.

now....everything is over! esaimen..test...bla...bla...bla...cam tu gak ngn keje part time aku ikut lecture wat kaji selidik sal game math kat skolah2...today is da last day...wif the kids and Dr Aziah...so sad :( btw i njoy with the class today..they're so excited to play the game..and everything was going smoothly...alhamdulillah :) eh cop2!! asal aku nk speaking2 plak ney? antu omputeh mna masuk ni?? ahahahaha =D org mlayu mmg camni! takut benor nk speaking..cer korang blasah jer ckp..salah betui lain kira..yg penting konfiden!! [aku ler tu :p]  idak pun..bila org mlayu ckp omputeh,dikatanya blagak plak..betui tak?? [aku jg la tu..hahahaha] bkn ape..pasal aku gi skol utk part time aku harini...budak2 tu baru 11 tahun...beza 10 tahun ngn umur aku.. TAPI!  ha caps lock trus :p diorg speaking kalah aku bebbbb!!! aku pun malu nk speaking ngn diorg td coz td grammar aku tunggang langgang...tp aku tibai gak speaking :p ngahaha..and aku tertarik sgt ngn budak ni..aku tgk muka dia skali pndang...pastu x puas ati ni! tgk skali lg...hmmmmm...budak mlayu ni...xpe2...try usha nma..Mohd Haziq...sah mmg mlayu! sbb diorg ni muka cam kacuk2 byk sbb tu cam konfius ckit...bapak la! si Haziq ni sah2 speaking kat umah...mau ternganga aku tgk dia speaking =.=' so lpas ni kna la speaking slalu...klo x malu ngn anak murid...bahasa omputeh ko bahasa tamil ckgu ckp ni?? budak2 konfius! hahahaha...nak gi honeymoon oversea pun senang! nsb cik abg i ambik TESL..nnt bior dia jela yg ckp :p hahahahahaha =D [xpela..nnt cik abg jd to guru bahasa omputeh sy...awk boley kn?? :p]

they're sooooo cuteee~ :)



Saturday, April 16, 2011

AKU TAK FAHAM!

salam.

td google kosmo online.lg2 suami blasah isteri.pe cer ni?? hari2 ada jer kes laki bini camni.x kuasa la nk dgr. rsa geram plak.mmg x nafikan ada gak istri yg curang or prob2 yg lain..tp come on guys..kalo nk marah org lain jgn la lpaskan pada istri yg tak bersalah..bila dah buat mcm tu istri mna yg tak takut..istri mna yg x nk perlindungan..huhu..yg aku ada bca before ni pun sma..ada ke patut blasah istri sbb istri dah tua??! what daaa...hey fkir pkai otak la bkn pkai kepala lutut =.= [ttba emo plak] 

ape2 pun..kalo ada prob settlekan baik2..jd lah suami yg penyayang  jd lah istri yang taat [mcm aku dah kawen :p]

Friday, April 15, 2011

ZZzz

betul la ada org kata awk ni mcm ada power! :p kui3...nape sy asyik ingt awk jer ni....??? =(

what daaaa.......oi mak cik! ko nk final la! boley x ko fokus study??! =.=

awk..sy curi gmbar awk lg yer..sj nk edit2..mcm xda keje jer kn?? mcm x yah study jer kn?? hahahaha =D

DA LEGEND :p

Thursday, April 14, 2011

:: PENGYOU ::

alhamdulillah..........settle! siap sudah persidangan media harini..baru jer tadi buat tayangan perdana utk filem terbaru kami...title utk filem terbaru kami "PENGYOU"..ha tau ke maksud ape tu?? PENGYOU = SAHABAT :) erm tp x kuar panggung lg la..kna tnggu la dlm jangka msa yg pnjang ckit yer ;) hihihi~ bila tgk penonton2 td...wahhhh~ diorg teruja gile tgk! mmg x jangka la filem kami akan mendapat sambutan hangat..tmbah2 plak plakon2 yg terlibat pun hot2 gitewww~ salah sorg nyer i la! kui3...mmg x boley blah! hahahaha =D kalo dah kuar CD nnt jgn lupa beli yang original taw!! ;) buat sahabat2 yang dah menjayakan filem kita ni..thanx sooooo much! we're da best!! ;)

PENGYOU = SAHABAT :)

barisan-barisan pelakon terhebat! ;)

fuhhh~ tinggal satu esemen jer lagiiiiii !! ;) final dah dekat...ALL DA BEST KWN2!!! ;)

Tuesday, April 12, 2011

SAYANG KAMO2!!

salam..

hehe..take 5! [knon 5 tp ganda-ganda 5 nyer..hahahahaha] huh..sume bertungkus-lumus study algebra..fight2!! aku?? dah nk muntah tgk nombor [padahal study mcm ape jer...] heh~ sok test tu yg ttba rajin ckit :p kui3.. nk skor kot =.= PERLU skor! sbbnyer....sbb sy nk skor la :p hihihihi...kwn2, buat leklok k?! ;)

td naik-kan muka tebal mna taktau..mnari-nari nyanyi lagu gongxi2 kat fakulti..hahaha..well..kn dh ckp..artis you! hahaha..haih cpt2 la habis sume esemen ngn projek ni..so boley la nk luangkan msa ngn cinta hati 4 'org' tu..tnggu kita habiskan keje dlu yer cik kalkulus,cik algebra,cik fiz ngn cik evaluation...nnt kita pegi honeymoon sma2 ;) hua3! serius berdebar nk final sbb mcm x prepare sgt..huhu~

eh2..dh lebih 5 ni :p gtg!! daa~  selamat malam dunia :)

kwn2 kita ;) ni msa nyanyi2....:p
sila muntah..hahaha~

Monday, April 11, 2011

AKU STUDENT UNIVERSITI

alhamdulillah..aku bersyukur dpt sampai ke tahap ini :) x sume org dpt jejak kaki ke sni terutama buat mereka yg tidak berkemampuan..kita yg sudah ada di tahap ini, gunalah peluang ini sebaik mungkin :) jatuh bangun itu lah kehidupan..bila jatuh jgn lupa utk bangun semula..bila berada di puncak jgn lupa mereka yg di bawah.. bawalah mereka bersama-sama menuju puncak :) ape yg penting, we try our best!

well..esemen still ada yg blm siap..final makin dekat..perlu study smart..insya-Allah everything gonna be fine :)

Sunday, April 10, 2011

MY HEART


...hate dis feeling!!! but try to be cool...and think positive...
.
.
.
.
:')
.
.
.
bye~

Saturday, April 9, 2011

GAYA HIDUP SIHAT

salam u ols!

wah mcm hepi smcm je aku ni kn? hepi sbb dpt joging td! hahahaha~ wah dah lma benor x rsa peluh mencurah-curah keluar td..hak3..selama aku hidup kat bumi shah alam ni,ni la first time aku jog :p sonok jog ngn inn and akim td..dina,atul,yo ngan kano ikut gak tp diorg jln2 mkn angin kat blakang..hahaha.. sblm jog sempat melantak pulut sumbat dlm sotong buatan mekngoh a.k.a atul [eh betul ke nma nyer ni..ah lantak ler :p] lpas tu jog satu pusingan..mula2 satu pusingan dlu dah la..takyah tamak sgt..hahaha..then men sepak2 bola plak.. ada style woo! style2 habis haus tapak kasut aku =.= ..tp boley la pasni men futsal..akim si kaki futsal dah ajak main tu..hihihi~ thanx kwn2!! weekend ni xda la boring sgt ngadap esemen n study je kn [mcm buat :p] hahahahaha~

bila mak budak naik.......hahahahahaha =D

DUIT OH DUIT


duit duit duittttttt...adei pening fikir duit...rsa nk cepat2 abis blajar boley keje cari duit...takyah nk kol2 mak mintak duit mcm budak kecik...sy x suka mintak2 duit ni..huhuhu~ biar sy ssh cari duit sendri jnji sy x mintak duit org =.=..huhu~ kalo la duit tu senang2 jer jatuh seketul..wahhh bahagia idop!! :p xda ke bnda2 skang ni boley bli pkai daun ker..huuuuu~


korang ada benih pokok ni tak??!! kalo ada bagi aku ekk =.= ..huhuhuhu~ stress2!! jom joging ;)

MISS YOU :')

i'm sorry..
i can't stop to miss you..
every time..
even every second..
i miss u..
all about u..
your eyes..
your smile..
your laugh..
your voice..
no matter wherever you are..
i love you!




BKN SALAH IBU NGANDUNG

salam

penat nye la wey kna shooting td..hari ni shoot hari raya..buka lagu raya kuat2 td..maaf la yer jiran tetangga klo rsa mcm kami buang tabiat ke pe td pasang lagu raya time camni..hahahaha~ tp serius naik feel msa dgr lagu raya tu..tambah plak siap ada ketupat rendang lg haa! mana dapat?? pasor kat bawoh tu ha :p ni la kehidupan sbg student..esemen x reti2 nk habis =.=

eh korang ada tgk brita ker bca brita on9 ker? ala sure korang tau nyer kalo aku ckp yg kes cikgu pkul pelajar then pelajar tu mati..pastu satu kes lg yg pelajar tumbuk cikgu smpai patah hidung..sian hidung cikgu tu..kalo duk elok2 mancung ttba kemek..huhu..ape kes ni?? skang ni byk benor kes cikgu2 ngn pelajar.. naik seram plak nk jd warga pendidik ni..huhu..salah sape ni?? actually dua-dua pihak la kna bg toleransi ckit..kalo cikgu nyer,nk marah pelajar tu jgn smpai naik hantu..control ckit kalo nk marah pun..ikut la prosedur :) skang ni budak2 dah x mcm budak2 zaman dlu dah..dlu nmpak cikgu 5 km jer dah  lari lintang-pukang mcm nmpak hantu..zaman skang..heh..x kisah dah..siap lalu sebelah cikgu langgar bahu jer..huhu.. pastu budak skang ni dah pndai ugut2 cikgu..penah skali tu senior umah aku ni dlu citer yg student dia ugut nk bako umah dia..kes ape tu aku lupa plak :p..see! how dare you!! so sama-samalah kita menuju ke arah keharmonian :) jadilah cikgu dan pelajar yang baik ;)

jadi la cikgu dan pelajar yang baik ;)

Friday, April 8, 2011

LEARN SOMETHING

"TRUE LOVE DOES NOT COME BY FINDING THE PERFECT PERSON BUT BY LEARNING TO SEE AN IMPERFECT PERSON PERFECTLY"

Thursday, April 7, 2011

ALHAMDULILLAH..REZEKI LAGI =)

alhamdulillah...walaupun x boley jwb sgt test mandarin td tp syukur...dah abis satu subjek utk sem ni...juz nk bertungkus lumus utk lakonan video mandarin plak...fight3!!! ;) yg x boley jawab sgt td tu sbb aku rsa aku x buat preparation yg perfect sgt utk test harini...yela..td subuh2 lg dah bngun siap2 pegi fakulti coz harini kna gi skolah kt area klang...buat bnda yg sama...pegi skolah bg budak2 main game...huahuahua...tp u ols tau tak nape aku suka ikut sejak2 ni?? rezeki mencurah-curah! taktau la klo sbb atul ikut kn?? hahahaha..sbb nyer antara 3-3 skol yg aku pegi skol kat klang ni yg paling baik punya layanan...second puchong and third subang...mmg x boley lupa la msa gi skol kat subang tu...huhu..yg skol kat klang ni 2 cikgu diorg blnja mkn! wohooooo!! msa first tu kat kantin skolah ada sorg cikgu laki ni..kebetulan plak budak2 yg kitaorg ambik tu budak klas dia..hehe..then sorg lg ckgu pompuan ni blnja mkn soto...dia sndri yg ajak mkn coz nk knalkan kat kitaorg satu restoran soto yg femes kat situ ;) alhamdulillah...kn rezeki tu :) dan x lupa jg! our lecturer yg follow skali kitaorg,Dr Aziah..she's so kind and friendly..mmg dah ngan ngn kitaorg coz dah 2 kali pegi skolah sma2 :) klo boley next skol pun dia nk kitaorg ikut..hehe..so sweet kn? hahaha..ha ni dia lg gmbar utk skolah kat klang td ;)






Wednesday, April 6, 2011

I'M FULLY TAKEN BY HIM :)

salam..

wahh~ i bizi gile arini sbb i kna trun padang pegi shooting..x lma lg filem yg i lakonkan ni akan kuar..you ols jgn lupa pergi serbu pawagam tau! penat jer i blakon jd jurujual ngn tauke kedai mkn td..abis blush muka2 i nk kna pegang watak2 tu taw! ngehehe~ so far alhamdulillah..dah abis ckit scene yg i kna lakonkan..tp ada lagi la =.=..baru i tau camner penat nyer jd artis ni you ols! hohoho~  yarkkks! geli plak aku ckp camtu..hahaha =D dah la aritu member aku yg lakonkan watak jd tunangan org pun kecoh abis dlm FB! dia pegi letak pic tu dlm FB..hahaha..nmpak real gile3!! betapa hebatnyer lakonan kitaorg!! ngahahaha~

inn tunangan org??? hahahahaha

artis pling meletop sakng ni!!! aaauww~

oh btw.mlm td aku buka email aku.then aku trbaca la msg offline yg sorg hamba Allah ni anta kt aku..actually he was my classmate msa skol rendah dlu.."saya suka awk....jd gf sy pliss".. msg tu buat aku ternganga jap! nsb umah aku xda lalat :p adakah dia tersalah anta??? oh my....utk awk yg anta..klo awk x salah org..i'm so sorry bcoz i'm fully taken by him..hoho..kalo awk salah anta maksudnyer sy syokk sendri..heh! sori yer..sy x nak sakitkan hati sape2..sy x nk mainkan hati sape2..sy bersyukur ape yg sy ada skang :)





Tuesday, April 5, 2011

MATH IS NOT SCARY

salam

lately ni aku bizi kalah PM! erk lebey kurang jela :p final dah dekat tp keje..........mcm bukit!! how come?! sok test..lusa test..tulat? erm x tgk list lg :p tp boley dikatakan ari2 kuiz ari2 test..mata ni naik juling tambah2 kalo study subjek yg berangka-angka ni..CALCULUS+ALGEBRA+FIZ..killer subjek sem ney! oh my...nk target tnggi pun cuak..huhu~ sbb td 3 osmate aku dah gi dinner dekan..bila turn aku plak ni??! :p 

aku klo bljar mmg x boley speed mcm naik keta 180km/h..ingt aku ni superwomen ke..klo makhluk kat planet pluto tup tup 5 minit smpai bumi :p sori la cek ni jnis lambat ckit..hoho..mmg scary la nk jd mathematician ni.. asal tgk nombor jer mata naik juling,asal mata juling jer nmpak nombor..hahaha..mmg hidup aku sbg student ditakdirkan utk berdampingan ngn nombor =.=..even subjek evaluation yg satu-satunyer subjek edu pun ada kira2!! oh bertambah julingggg~ (@_@)

26 ni dah sart final..heh bngun lya! jgn main2 lg..fight3!!!  ;)


MATH IS NOT SCARY BUT MATH IS FUN!!! (^_~)v


Sunday, April 3, 2011

PEREMPUAN DAN KEBERSIHAN

salam

bila tdo lmbat tp bngun awal mmg otak mcm biol ckit :p xpe abaikan kalo tuan blog ni biol ckit2 jer..hihi :) skang ni mmg bizi ckit..bkn ckit la rsanyer..bizi banyakkk!!! (_ _") sume org bizi..nk dekat2 habis sem ni la keje dtg bertimbun-timbun..pastu time ni plak la byk test ngn kuiz..aiyoyo ma manyak fening la ini mcm..huhu.. but it's normal thing la kn bila berstatus student ni..tp aku bkn bizi ngn study jer..bizi ngn nk jg umah tangga jg. heh.bila msa plak aku kawen ney?? hey ingt x kawen x boley ada rumah tngga ker?? buat la tngga dlm umah..kn ker tu dah jd umah tngga..umah aku kna naik tngga so itulah yg aku maksudkan..ngehehe..heh pnjang plak mukadimah nyer! :p 

ha ni ape nk jadi ni klo anak dara x reti nk jg kebersihan?! camner org nak masuk minang?? camner bakal mak mentua nk syg?? wah3!! over plak..hihi..klo sentuh pasal pompuan mesti org akan kaitkan yg si pompuan ni pembersih..btul x? actually aku ni salah seorg yg sakit mata ckit la tgk sepah2 ni..pantang ckit..hihi..mcm xda selera nk tgk klo umah bersepah..mood boley tukar woo! :p hoho..nk sepah xpe tp lpas tu kemas balik :) lgpun kita yg pompuan ni nnt bila dah jd bini org kna pndai kemas umah..kang nnt suami balik umah ada jg yg kna baling ngn pasu bunga..nauzubillah..hoho..kan ker dlm islam sendiri menekankan pasal kebersihan.."kebersihan itu separuh daripada iman"..so camner? x kisah la pompuan ke laki ke..kn sonok klo sekeliling kita bersih ;) sejuk mata nak nengok nyer..;) 


ps : jg kebersihan sama2 baru jiwa tenang ckit :p peringatan utk dri sndri jg ;)

BERTUKAR WAJAH

salam..

yeayyyy!! blog dh bertukar rupa..ngehehe~ tau2 x cantek  T___T tp sy suka..awk x suka xpe..hik3.. sbb bosan plak tgk yg lma..so brani mati edit2 sume yg ada :p mcm xda keje je kn aku buat bnda2 ni..padahal...hee~ mau timbun mcm bukit keje aku kna siapkan.."dun stress...take it easy"..ni bak kata org NZ la :p hahahahahaha..ok i'll take it easy ;) hihihihi..so nnt2 la sy update citer2 panas [panas la sgt citer aku kn?] nk siapkan ape yg patut ;) daa~

ps : sy pun taktau nape sy plih merah :p


mcm header bdk senget jer kn :p



Friday, April 1, 2011

TIPS BELAJAR CALCULUS

salam

sume bizi! bizi study! aku?? hahahaha..bizi jg :p hik3..sok test weyyyy~ huuuu...calculus siap! nak tau camner study calculus...jom kita wat kesimpulan ngn pic kt bawah ni ;)

sumber terhebat : google

dah tau camner?? ha camtu la...:) jgn tdo dlm kelas..fokus! [cam aku buat ] hakhakhak...k la mau study sudah...kang sok jd mcm kuiz ritu...x suka wat kesilapan bodoh walaupun kesilapan tu yg akan mengingatkan slalu tentang kesilapan kita..[ byk plak perkataan 'kesilapan' ni ]  k tata! ;)