Pages

Friday, April 29, 2011

AYAM 1000 RASA

salam.

aku tak sangka plak masakan aku not bad la jg..kih3 [bkn nk bngga dri okey] aku ni pandai masak juga rupanyer..hahahaha..cuma MALAS! dat is da point..kalo balik umah cuti sem mmg kna la berleter ngn madam besar sbb malas masuk dapur...ops kantoi! :p kalo duk umah sewa pun bkn rajin masak sgt :p lg kantoi!! hahahaha..btw aku nk kongsi satu resepi ngn adik2 kakak2 makcik2 kat umah tu..kot la nk try japgi kn..boley abg2 pakcik2 balik sembahyang jumaat harini mkn sedap2! ;) ni dari chef saleem, my fren kt FB :)

BAHAN2:

1 ekor ayam (sederhana besar
1 mangkuk kecil air
4 sudu minyak masak
3 sudu kicap manis
4 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
2 sudu jus oren @ limau purut pun buleh jugok
2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 sudu buah badam (ditumbuk)
1 inci belacan
Sedikit garam dan sebuk perasa Bahan-bahan untuk dikisar:
1 inci halia
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering


 CARA2 :

1. Ayam dipotong kepada bahagian kecil dan dibuang tulangnye.

2. Setelah dibersihkan, perap ayam selama 2 jam bersama kicap, sos tiram,sos tomata dan jus oren. Masukkan juga lada hitam bersama buah badam yang telah ditumbuk.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Biarkan sehingga naik baunya.

4. Masukkan belacan dan garam serta serbuk perasa. Masukkan air

5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Kacau dan biarkan seketika sehingga masak.



so jgn lupa yer try cube test kat umah ! ;) SELAMAT MENCUBA!!!~



2 comments:

~Apit~ said...

waaahhhh, bagus2, blajaq2 la memasak..hahaha

Lya said...

wekkkk!!!! hahahahaha =D ada org kata sy pndai masak..dah boley kawen..hahahaha~